Thursday, March 16, 2006

Cara Mengisi Borang..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,..

Di sini saya ingin memberitahu cara-cara untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk NUFERA @ pada sesiapa yang berminat dengan bisnes ini dengan mengisi borang yang disediakan..

Caranya:
Anda hanya perlu klik.."Request Information" di ruangan sebelah dan isikan maklumat yang diperlukan sahaja..

Terima Kaseh,..

Testimoni 3-Masalah Berat Badan & Kulit


Nama :Alissa bt Rafar
Umur :42 tahun
Alamat :Seksyen 6, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pekerjaan :Usahawan


Masalah
Saya mengalami masalah berat badan dan telah lama berdiet tertapi tidak berhasil.
Pelbagai pil dan ubat kurus saya makan tapi masih gagal menurunkan berat badan saya.
Disamping itu saya juga mengalami masalah kulit gatal seluruh badan.


Tarikh Mula
Saya mula menggunakan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada bulan Mac 2004


Cara Makan
Tiga hingga empat sudu sehari


Maklumbalas

Sampai sekarang saya masih tak percaya!.. Setelah 7 hari memakan Minyak Kelapa Dara (VCO) berat badan saya turun 4 kg. Bentuk badan menjadi lebih langsing sekarang. Masalah kulit gatal juga hilang setelah 5 hari memakan Minyak Kelapa Dara (VCO). Sudah pasti saya terus memakan Minyak Kelapa Dara (VCO).

Testimoni 2-Resdung


Nama :En. Mohd Nordin bin Osman
Umur :48 tahun
Alamat :Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan :Kakitangan Unit Gaji FELDA Ibu Pejabat, Kuala Lumpur


Masalah
Saya mempunyai masalah resdung selama lebih 10 tahun. Hidung saya kerap berair dan kerap bersin pada waktu pagi.


Tarikh Mula
Saya mula menggunakan Minyak Kelapa Dara VCO pada bulan Ogos 2003


Cara Makan
Empat sudu sehari


Maklumbalas

Bagi saya Nufera VCO adalah sesuatu yang menakjubkan kerana saya mula berhenti bersin setelah hanya 1 hari memakan produk ini. Kini hidung saya juga tidak lagi berair.

Testimoni 1-Kencing Manis

Nama :Puan Fatimah bt Safran
Umur :52 tahun
Alamat :FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor, Malaysia
Pekerjaan :Surirumah

Masalah
Saya akan pergi mengerjakan ibadat Haji pada bulan Disember 2003 ini. Setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan, didapati tahap kencing manis saya terlalu tinggi iaitu 21. Ini menyebabkan pihak Tabung Haji menahan saya dari pergi mengerjakan ibadat Haji atas sebab kesihatan.


Tarikh Mula
Saya menggunakan Nufera VCO pada bulan Oktober 2003

Cara Makan
Dua hingga tiga sudu sehari

Maklumbalas
Anak saya telah memperkenalkan Nufera VCO tetapi agak keberatan untuk memakannya kerana saya sukar untuk mempercayainya. Walaubagaimanapun saya amat terdesak untuk menunaikan ibadat Haji. Setelah memakan hanya dua botol Nufera VCO, segalanya berubah. Tahap kencing manis saya telah turun dengan mendadak dari 21 kepada 11. Kini tahap sakit saya menjadi 5 sahaja dan kembali normal. Saya telah di sahkan oleh Tabung Haji dapat pergi menunaikan ibadat Haji pada hujung tahun ini. Saya amat bersyukur dan gembira tidak terhingga kerana telah ditemukan dengan Nufera VCO.

Thursday, March 02, 2006


NUFERA Posted by Picasa


Untuk Kesihatan.. Posted by Picasa

NUFERA-Minyak Kelapa Dara

KELAPA: POHON SERIBU GUNA MENYIMPAN SERIBU RAHSIA
Bagi penduduk Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik, pohon kelapa menjadi sebahagian tradisi dan cara hidup kerana memainkan pelbagai fungsi dari pemakanan harian sehingga perubatan tradisional.

NUFERA: MENYINGKAP SERIBU RAHSIA
Minyak kelapa dara NUFERA merupakan penemuan alaf baru yang dapat mencungkil rahsia alam tentang keunggulan pohon kelapa sebagai pohon pelbagai fungsi.

NUFERA: MAKANAN BERFUNGSI SEMULAJADI
NUFERA adalah makanan semulajadi pelbagai fungsi yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. NUFERA boleh digunakan dalam pemakanan harian, amalan penjagaan kecantikan dan pengurusan umum.

PENEMUAN SAINTIFIK YANG MEMBONGKAR MISTERI ALAM
Kajian saintifik telah dilakukan oleh saintis Eropah dan Amerika ke atas minyak kelapa dara sejak awal 1930an.Misteri kehebatan pohon kelapa makin terserlah apabila banyak kajian saintifik mendapati minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat berikut:- Anti virus dan anti bakteria- Anti oksida yang kuat- Pemangkin metabolisma badan- Persamaan dengan kekuatan susu ibu.

APAKAH SEBENARNYA NUFERA
NUFERA adalah minyak kelapa dara yang diproses dengan menggunakan kaedah bioteknologi.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN MINYAK KELAPA DARA?
Ianya diproses tanpa menggunakan haba atau kimia yang boleh merosakkan struktur dalaman asal minyak kelapa.

ADAKAH MINYAK KELAPA DARA SELAMAT UNTUK DIMAKAN?
Ianya adalah selamat untuk dimakan, bahkan ianya juga disenaraikan di dalam senarai "Generally Regarded As Safe (GRAS)" yang dikeluarkan oleh USFDA

PERBEZAAN NUFERA DENGAN MINYAK KELAPA BIASA?
NUFERA diproses dengan kaedah bioteknologi tanpa haba atau kimia. Cara ini dapat mengekalkan struktur asal minyak kelapa yang menjadikannya makanan berfungsi lengkap.Minyak kelapa biasa diproses menggunakan haba atau kimia di mana struktur asalnya terganggu atau berubah yang boleh membawa mudarat kepada pengguna apabila memakannya.

APAKAH NUFERA ORGANIK?
NUFERA adalah organik kerana kelapa yang digunakan diperolehi dari pekebun kecil kelapa yang pohonnya tumbuh semulajadi tanpa penggunaan baja kimia atau racun serangga.

ADAKAH NUFERA MENGANDUNGI KOLESTROL?
Tiada kolestrol di dalam NUFERA.

ADAKAH NUFERA BOLEH MENYEBABKAN SALURAN JANTUNG TERSUMBAT?
Tidak, kerana NUFERA tidak mengandungi kolestrol.

ADAKAH NUFERA BOLEH MENAMBAH BERAT BADAN?
Tidak, kerana organ hati terus menukarkan NUFERA kepada tenaga sebaik sahaja dimakan. Oleh NUFERA tidak sempat menjadi lemak tersimpan di dalam badan.Malahan sifat NUFERA yang dapat meningkatkan metabolisma badan amat berguna dalam usaha untuk mengurangkan berat badan.

ADAKAH NUFERA SESUAI UNTUK AMALAN PENJAGAAN KECANTIKAN?
NUFERA amat sesuai untuk digunakan dalam amalan penjagaan kulit dan rambut. Penggunaan NUFERA sebagai amalan penjagaan kecantikan adalah berbentuk tradisional.

BAGAIMANA NUFERA DIGUNAKAN ATAU DIMAKAN?
>>Dengan dicampurkan ke dalam makanan sebagai penambah perisa sesedap rasa
>>Sebagai salad dressing dimasukkan dalam sayuran
>>Dicampurkan ke dalam minuman ( sejuk sahaja)
>>Dimakan begitu sahaja dari dua hingga empat sudu besar sehari

SIAPAKAH YANG SESUAI MEMAKAN NUFERA
NUFERA amat sesuai untuk dimakan oleh ibu-ibu yang mengandung, bayi yang baru dilahirkan, kanak-kanak, belia remaja, orang dewasa dan juga warga emas. Malahan NUFERA sesuai dimakan oleh orang-orang yang sihat dan kemestian untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

APAKAH SEBENARNYA KHASIAT NUFERA
Sebagaimana hebatnya pohon kelapa yang mempunyai seribu fungsi kepada manusia, begitu jugalah NUFERA yang sudah pasti dapat memberi pelbagai khasiat dan fungsi kepada pengguna.Untuk mengetahui lebih lanjut, anda dinasihatkan mencuba NUFERA dan alamilah perbezaannya.

Hubungi che pezol di 013-7093316 atau email pezolmd@yahoo.com

NUFERA-Minyak Kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara Nufera merupakan hasil kajian para saintis di Universiti Putra Malaysia. Sememangnya 100% produk asli keluaran Malaysia. Produk ini bukanlah sejenis ubat tetapi merupakan sejenis minuman kesihatan berfungsi lengkap. Harga sebotol ialah RM50.00 untuk 120ml. Tetapi, jika anda membeli 4 botol harga promosi ialah RM114.Macam mana nak dapatkan NUFERA? Boleh call/sms 013-7093316 atau email pezolmd@yahoo.com atau hantar komen dalam blog ini.


Tagboard by Tag-World

Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Free Web Journal from Bravenet.com Free Web Journal from Bravenet.com